Panduan...

Daftar Syarikat Sdn Bhd

Garis Panduan Daftar Syarikat Asing

Syarikat asing boleh menjalankan perniagaan di Malaysia sama ada melalui:

  • (a) memperbadankan syarikat tempatan; atau
  • (b) berdaftar sebagai syarikat asing.

Syarikat asing ditakrifkan di bawah Akta Syarikat 2016 sebagai:

  • (a) syarikat, perbadanan, pertubuhan, persatuan atau badan-badan lain yang diperbadankan di luar Malaysia; atau
  • (b) sesuatu pertubuhan, persatuan atau perbadanan lain yang tidak diperbadankan di bawah undang-undang tempat asalnya, boleh menyaman dan disaman atau mempunyai harta atas nama setiausaha atau pegawai yang dilantik untuk tujuan tersebut dan tidak mempunyai ibu pejabat atau tempat perniagaan utama di Malaysia.

PROSEDUR PENDAFTARAN

Pendaftaran syarikat asing adalah seperti berikut:

1. Carian Nama dan Permohonan Nama

  • (a) Cadangan nama syarikat perlu dipohon melalui sistem atas talian SSM dengan fi sebanyak RM50. Jika nama diluluskan, ia akan dirizab selama tiga puluh (30) hari dari tarikh kelulusan nama.
  • (b) Tempoh tempahan nama boleh dilanjutkan dengan fi sebanyak RM50 untuk tiga puluh hari atau sebahagian daripadanya dengan jumlah maksimum selama 180 hari. Nama syarikat asing yang didaftarkan di Malaysia perlu sama sepertimana nama yang didaftarkan di negara asal.

2. Permohonan Pendaftaran Syarikat Asing di Malaysia

(a) Dalam tempoh 30 hari dari tarikh nama syarikat diluluskan, pemohon perlu menyerahsimpan maklumat berikut ke SSM:

  • (i) nama, pengenalan, kewarganegaraan dan tempat kediaman kebiasaan setiap pemegang saham di Malaysia dan, jika di antara mereka merupakan badan korporat; nama korporat, tempat diperbadankan atau tempat asal, nombor pendaftaran dan alamat berdaftar badan korporat;
  • (ii) nama, pengenalan, kewarganegaraan dan tempat kediaman kebiasaan pengarah syarikat asing di Malaysia;
  • (iii) senarai pemegang saham atau ahli dari tempat asal;
  • (iv) jika syarikat asing dengan modal saham, maklumat kelas dan bilangan saham seperti di tempat asal;
  • (v) jika syarikat asing yang terhad tanpa modal saham, jumlah sehingga had sumbangan kepada aset syarikat asing seperti yang dijanjikan oleh ahli semasa penggulungan syarikat pada tempat asalnya;
  • (vi) nama dan alamat individu yang tinggal di Malaysia, yang dilantik oleh syarikat asing sebagai ejen mereka melalui memorandum pelantikan atau surat pewakilan kuasa; dan
  • (vii) lain-lain maklumat yang diperlukan oleh Pendaftar. (b) Permohonan di bawah seksyen 562(1) Akta Syarikat 2016, perlu dilampirkan dengan perakuan ejen syarikat asing bagi mengesahkan persetujuan beliau dengan pelantikan tersebut.

(c) Dokumen tambahan:

  • (i) salinan sijil penubuhan/pendaftaran syarikat yang diperakui sah;
  • (ii) salinan Memorandum & Artikel atau suratcara yang menyatakan perlembagaan, statut yang diperakui sah, jika ada;
  • (iii) salinan permohonan dan kelulusan tempahan nama syarikat asing; dan
  • (iv) salinan emel notifikasi kelulusan tempahan nama.

(d) Jika sebarang dokumen pendaftaran yang dinyatakan di dalam bahasa selain daripada Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris, terjemahan dokumen yang diperakui dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris perlu disertakan.

MODAL SAHAM (RM) FI (RM)
Kurang dari RM1 juta 5,000.00
Lebih dari RM1 juta tetapi tidak melebihi RM10 juga 20,000.00
Lebih dari RM10 juta tetapi tidak melebihi RM50 juta 40,000.00
Lebih dari RM50 juta tetapi tidak melebihi RM100 juta 60,000.00
Lebih dari RM100 juta 70,000.00
  • Dalam menentukan jumlah fi pendaftaran berdasarkan modal saham syarikat asing, kadar matawang asing hendaklah terlebih dahulu ditukar kepada mata wang Malaysia (Ringgit Malaysia) pada kadar pertukaran yang lazim.
  • Sekiranya syarikat asing tidak mempunyai sebarang modal saham, kadar rata sebanyak RM70,000 akan dibayar kepada SSM.

 

VERIFIKASI PEMERBADANAN

Notis pendaftaran syarikat asing akan dikeluarkan dalam tempoh satu hari bekerja oleh SSM setelah permohonan mematuhi prosedur dan menyerahkan dokumen yang lengkap.

Sijil pendaftaran syarikat asing akan dikeluarkan oleh SSM atas permintaan bersama dengan fi yang ditetapkan.

Panduan daftar syarikat

+603-9543 9890
+6013-397 8838 (Fawzy) | +6018- 288 4495 (Zaid)